Isnin, 5 Januari 2009

Warung Dalam Hutan

Seronok tak kalau camping kat dalam hutan siap ada warung. Teh tarik ada...roti bakar ada...nasi lemak ada...rasanyer seronok, kan?


Sebenarnya kalau anda tengok sketch plan tu...asalnya dirancangkan sebagai Warung Pak Itam untuk filem JIBAM.

Pada asalnya filem itu nak shoot di kawasan dekat Tasik Kenyir dengan kerjasama kerajaan negeri Terengganu.

Aku yang dilantik sebagai Executive Producer terpaksalah berulang-alik ke Terengganu dalam menghadap Menteri Besar dan Exco-exco bahagian kebudayaan, pelancongan dan macam-macam lagi. Memang kerajaan negeri Terengganu suka sangat dengan cadangan itu.

Mereka bukan sekadar memberi apa saja kemudahan kepada kami dalam menerbitkan filem itu, bahkan mereka sanggup mengeluarkan belanja untuk mengadakan satu pelancaran filem bersama artis-artis secara besar-besaran. Itu dah kira seribu rahmat untuk kami.

Tetapi alih-alih...si-pengarahnya pula masih merasakan apa yang kami dapat daripada kerajaan negeri Terengganu tidak setimpal dengan promosi kami terhadap negeri itu.
Maka dia banyak membatu-api produser supaya minta lebih daripada kerajaan negeri. Sekiranya tidak, pindahkan lokasi ke tempat lain.

Apa yang si-pengarah suruh si-produser minta supaya kerajaan negeri keluarkan belanja sebanyak 1/2 juta ringgit sebagai peruntukkan pengiklanan dan promosi filem itu.

Aku lagi terpaksa menghadap Menteri Besar memohonkan kehendakan mereka itu. Dalam maklum balas, pihak kerajaan negeri akan pertimbangkannya tetapi dengan syarat kita lakukan pengambaran dulu. Senang kata, biar selesai shooting dulu.

Tetapi nampaknya produser sudah terpengaruh dengan pengarah. Ketika aku sedang menguruskan pekerja membersih tapak lokasi di Tasik Kenyir, aku dipanggil balik ke Kuala Lumpur kerana mesyuarat tergempar.

Maka bermesyuaratlah kami. Selepas mesyuarat, kata putus dibuat bahawa lokasi di Terengganu dibatalkan.

Aku juga sekali lagi terpaksa menghadap pihak Menteri Besar menyampaikan suara produser dan pengarah filem itu. Punyalah tebal muka aku tak tahu rasanya mana nak letak.

Nasib baik aku tak ditebas dengan parang oleh pekerja-pekerja yang sudah pun memulakan tugas mereka membersih kawasan lokasi. Selisih mailakat 44.

Lokasi kedua yang dipilih sebulat suara oleh si-pengarah, si-produser dan apa-apa si lagi...kawasan kebun aku yang terletak di dalam hutan di Ulu Slim dipersetujui. Itu adalah keputusan muktamad. Itu adalah kata putus produser dan disokong 100% oleh pengarah dan kuncu-kuncunya.

Maka kami pun rancanglah apa yang patut untuk dibina setnya. Antaranya ialah rumah Jibam, rumah Tok Ngah Sudin, rumah Usin Singai dan termasuklah warung Pak Hitam.

Aku segera menjalankan tugas yang diperintah dengan meminta Orang-Orang Asli di kawasan berdekatan menyediakan segala peralatan yang diperlukan. Orang Asli punyalah seronok...terus melaksanakan tugas walaupun tanpa apa-apa bayaran pendahuluan. Lagipun sebab mereka hormatkan aku.

Tup..tup naik giler aku apabila keluar kat suratkhabar mengatakan lokasi Jibam dipindahkan ke Semenyih. Alasan produser tempat itu jauh ke dalam hutan sukar bagi lori membawa masuk equipment pengambaran.

Tetapi...memang ada tetapi...!! Kenapa sebanyak dua kali si-pengarah dengan assistant dan krew-krewnya pergi meninjau dulu, semuanya suka tempat itu. Bahkan disahkan sebagai yang paling ideal untuk filem itu.

Bahkan si-assistant dia boleh beriya-iya mengatakan si-Bade boleh nangis sebab lokasi filem Bilut tidak secantik lokasi Jibam.

Isteri si-pengarah pula balik ke rumah boleh termimpi-mimpi kawasan kebun yang cantik itu.

Akhirnya filem Jibam jadi lebam. Terus diam dan senyap sunyi tanpa apa-apa berita. Duit skrip aku pun masih belum langsai lagi, sedangkan copyright Jibam sebanyak RM40,000.00 boleh dibayar kepada penerbit buku itu.

Apa-apa pun kita biarkan mereka. Sekarang sketch plan warung Pak Itam itu akan tetap tegap juga sebagai bangunan warung itu, tetapi kita akan gunakan sebagai Warung Gapis Camp pula.

3 ulasan:

Alfiearth Studio berkata...

Saya tumpang simpati Bro..kasihan..penat orang Asli tu buat kerja. apa-apa pun idea bro untuk jadi kan warung sebagai camp itu pun bagus. Takper lah Bro..nanti lambat laun ada juga produser yg akan setuju buat set lokasi kat sana. Insyallah

gapisman berkata...

Thanks, Alfiearth. Tak jadi lokasi filem pun tak apa, janji kita dirikan warung dan Gapis Camp dpt sambutan dari dalam dan luar negara. Itu yang penting. Insya-Allah.

3 Force berkata...

Saya kenal sapa produser dan pengarah untuk filem itu. Cuma rasa kesal sebuah naskhah yang bagus gagal difilemkan.